Profil Warna

Warna 94.2

New content item

Warna 94.2FM ialah sebuah stesen radio yang disasarkan untuk golongan pendengar Melayu berusia 30 tahun ke atas. Warna menyajikan berita dan informasi terkini, serta putaran lagu-lagu kegemaran ramai dari zaman 60an hinggalah 90an. Stesen ini memaparkan kehidupan masyarakat Melayu Singapura hari ini yang sering dahagakan ilmu dan gigih maju ke hadapan.

Warna sering mendampingi pendengar samada melalui rancangan - rancangan di udara atau acara - acara di luar bilik siaran.

Anda boleh mendengar kami melalui gelombang FM 94.2, secara online dan melalui telefon bimbit bijak anda dengan memuat-turunkan app MeRadio.

Suara keemasan DJ Warna senantiasa menjadi sebahagian hidup anda, menemani anda sepanjang hari, siang dan malam. Jika anda inginkan khidmat DJ - DJ Warna untuk menyerikan majlis anda - melancarkan produk terbaharu syarikat anda, kempen pemasaran ataupun sekadar jamuan keramaian - klik di sini untuk butirannya.



Report a problem